



Insan Cemerlang
​
Perihal Buku
Insan cemerlang tidak hanya diukur dengan pencapaian akademik malah juga melalui akhlak yang terpuji. Akhlak dalam Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk nilai moral, etika, dan adab. Setiap Muslim ditegaskan supaya menghayatinya kerana insan cemerlang ialah orang yang paling baik akhlaknya. Malah pencapaian akademik seseorang insan perlu bertunjangkan akhlak yang terpuji.
Justeru, buku ini membincangkan tentang konsep insan cemerlang dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar untuk memanfaatkannya khusus untuk peperiksaan.
Doa pilihan yang mudah diamalkan dalam kehidupan turut dimuatkan disamping beberapa panduan fardu ain yang perlu dilaksanakan ke arah menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat.
Buku ini sesuai dijadikan sebagai panduan atau ‘manual book’ kepada pelajar sekolah dan di institusi pengajian tinggi serta sesiapa sahaja yang inginkan kecemerlangan. Selain harus dibaca oleh ibu bapa bagi memahami anak-anak kerana ibu bapa kadang-kadang tidak sedar sebenarnya ibu bapalah antara faktor kelemahan kepada pembelajaran anak-anaknya. Buku yang sederhana tebalnya ini mudah untuk dibawa ke mana-mana dan boleh dibaca dalam jangka masa yang pendek.
​
#POSTER_GAL
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
---|
Follow Me: