top of page

Hello!

Nama Saya Halimah binti Abdul

Penulis menulis buku ini hasil daripada pengalaman sebenar penulis sebagai pelajar yang bermasalah, malas, tidak suka belajar, pernah dibuli dan membuli pelajar, pernah tidak disukai dan dipaksa ke sekolah (diheret oleh ibu sepanjang jalan ke sekolah ketika sekolah rendah).  

 

Dengan hanya membaca sebuah buku inspirasi daripada Haji Abdul Fatah Hasan, (1994).  Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran dari Universiti Teknologi Malaysia Sebulan sebelum peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) saya terjumpa buku ini yang dihadiahkan kepada kakak oleh pihak sekolahnya atas kecemerlangan akademiknya.  

 

Saya membaca dan memahami buku ini dan seterusnya mengaplikasikan saranannya dan berjaya menjadi pelajar terbaik SPM di sekolah saya.  Saya melihat ini sebagai asbab, kerana semuanya bergantung kepada Allah.   Pada masa yang sama solat lima waktu juga perlu dipelihara iaitu saya cuba sedaya upaya saya untuk tidak meninggalkan solat dan menggantikannya jika tertinggal.

 

Selepas SPM saya meneruskan pengajian ke peringkat Diploma, Ijazah dan Sarjana Lanjutan dan sering mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan. Saya juga menerima banyak anugerah termasuklah dari segi akademik, kepimpinan, personaliti dan juga merupakan penerima Anugerah Siswi Cemerlang Peringkat Malaysia ketika belajar peringkat Ijazah.  pada mulanya saya bekerja sebagai Pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak dan pada masa yang sama mengajar di Universiti Terbuka Malaysia.  Ketika ini saya mengajar secara sepenuh masa di Sekolah Menengah Lodge. Selain menjadi Motivator dan tenaga pengajar di Kompleks Kebajikan Laila Taib saya juga aktif mengadakan ceramah dan juga aktiviti kebajikan sejajar dengan jawatan saya sebagai Pengerusi Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak untuk Kampung Bintawa.

 

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar dan juga berdasarkan kajian kes sebenar berdasarkan ceramah, sesi perjumpaan bersama ibu bapa pelajar bermasalah dan juga pengalaman sebenar sebagai ibu kepada lima anak.  Saya berharap segala pengalaman, curahan  rasa dan tulisan saya ini mampu memberikan inspirasi kepada semua pembaca saya.  

​

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah, guru, ibu bapa, ibu tiri, ibu mertua, suami, anak-anak, pelajar-pelajar, kawan-kawan, rakan seperjuangan guru-guru, pensyarah, pentadbir, dan semua yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung.  Tidak lupa juga kepada guru penyemak bahasa dan isi saya Cikgu Anuar Bustaman atas kritikan membina dan juga sudi meluangkan masa mendengar dan membaca luahan rasa saya.

© 2023 by Poster Gal. Proudly created with Wix.com

bottom of page